Penyampaian surat lantikan Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

Tengahari tadi saya menyampaikan surat lantikan sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) kepada YBhg. Tuan Haji Abdul Khudus Bin Mohd Naaim. Tahniah saya ucapkan. Moga Tuan Haji Abdul Khudus dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperkasakan YAPEIM (Official).
Ziarah adik Muhammad Uwais Al-Qarni dan adik Nur Sofea Humaira

Petang tadi saya menziarahi dua anak yatim piatu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan adiknya Nur Sofea Humaira, 4, di Bandar Baru Bangi. Mereka kehilangan kedua ibu bapa, adik serta datuk dan nenek sebelah ibu mereka dalam kemalangan tragis pada 23 Disember lalu. YAPEIM (Official) menyampaikan bantuan Sinar Kasih iaitu bantuan bulanan berjumlah RM200 setiap seorang […]
Kunjungan daripada Ustaz Wadi Annuar

Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Ustaz Wadi Annuar, Pengerusi Akademi Darul Ilmi. Perbincangan bertumpu kepada pembangunan pendidikan anak-anak. Akademi Darul Ilmi memberi fokus terhadap pengajian hafazan Al-Quran, hafazan matan hadis, tafaqquf fiddin serta pengajian akademik. Institusi ini meletakkan matlamat untuk melahirkan generasi hafiz dengan ingatan 30 juzuk secara konsisten, menghafaz hadis serta menghayati […]
Selamat Tahun Baharu 2025

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena Tahun Baharu 2025, marilah kita bermuhasabah dan menginsafi diri, memperbetulkan segala kekhilafan serta mengorak langkah, membina kemajuan dalam pelbagai bidang. Marilah bersama-sama kita memperkukuh kesatuan umat, memperteguh ukhwah serta bersikap ihsan sesama insan. Semoga negara Malaysia akan terus aman dan damai, melimpahkan kemakmuran […]
GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA! Sempena menyambut Tahun Baharu 2025, 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Duโat Al-Falah akan membawakan program khas penuh pengisian rohani dan bermanfaat buat anda sekeluarga! ๐๏ธTarikh: 31 Disember 2024 – 1 Januari 2025 […]
Program Yadim Murabbi Pemukiman Zamalah Negeri Kedah & Perlis

Selepas majlis di Jeniang saya terus ke Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Sungai Jagong, Pendang, Kedah untuk merasmikan Program Yadim Murabbi Pemukiman Zamalah Negeri Kedah & Perlis anjuran YADIM Negeri Kedah. Alhamdulillah di sini saya bertemu Sheikh Abdul Rahim Bin Abdul Rahman yang merupakan mudir Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi. Saya menyampaikan bantuan kepada 13 […]
Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Kedah

Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani ke lokasi terakhir di Maahad Tahfiz Darululum Alhilmiah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Saya sangat kagum dengan semangat penduduk setempat yang setia menunggu kehadiran saya walaupun hujan lebat turun. Di sini saya menyampaikan bantuan keseluruhan […]
Program Jom Ke Sekolah 2025

Pendidikan adalah aspek sangat penting kepada anak-anak sebagai generasi Al-Falah agar mereka menjadi manusia yang berjaya pada masa akan datang. Oleh yang demikian, Kerajaan Madani pimpinan YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara berteraskan nilai-nilai madani yang menjunjung tinggi nilai ilmu dan pendidikan. Oleh kerana itu hari ini saya menyerahkan […]
Ziarah ke PPS Dewan Besar Kampung Baharu Dangi di Negeri Sembilan

Susulan arahan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang mengarahkan semua YB Menteri dan YB Timbalan Menteri turun padang ke kawasan bencana, petang ini juga, saya telah turun ke PPS Dewan Besar Kampung Baharu Dangi di Negeri Sembilan. Saya bersama YB Dato’ Haji Saiful Yazan yang merupakan Adun Johol serta pasukan agensi agama di […]
Forum Perdana Ehwal Islam Kalimah Tayyibah

Forum Perdana Ehwal Islam malam ini membawa topik Kalimah Tayyibah. Islam adalah agama yang mengajarkan akhlak. Baginda SAW telah berpesan : ุงููู ูุณูููู ู ู ููู ุณูููู ู ุงููู ูุณูููู ูููู ู ููู ููุณูุงูููู ููููุฏููู Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya. (Riwayat Al-Bukhari) Semoga kita semua menjadi insan yang […]