Mesyuarat meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia

Petang tadi, saya telah meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia yang dianggotai beberapa ahli akademik dari pelbagai institusi pendidikan tinggi. Jawatankuasa khas ini dipengerusikan Dr Muhammad Razak bin Idris, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memulakan kajian bermula Januari 2024 bagi menilai kebolehsanaan penubuhan […]

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024

Sekitar Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024. Dalam pertemuan ini, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan mesej penting khususnya memberikan penjelasan terhadap isu-isu semasa negara. Saya menyeru semua anggota Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti, memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Hari ini saya meraikan para penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sekalung tahniah saya ucapkan kepad 20 penerima AKC berkenaan. Kewujudan YADIM dalam pentadbiran hal ehwal Islam adalah amat signifikan untuk mencorak pembangunan insaniah dalam konteks masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan kaum. Kita seharusnya terus bekerja dengan bersungguh-sungguh serta menerapkan […]

Kunjungan hormat daripada Rektor dan delegasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Turut bersama-sama beliau adalah wakil daripada Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah UIAM, Hospital Pakar Al-Islam dan Hospital Pakar An-Nur. Dalam pertemuan ini, turut hadir YBhg. Dato’ Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua […]

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi HEA

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi JAKIM, JKSM, JAWI, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, JAWHAR dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadi institusi penting untuk menggerakkan agenda Islam dan pembangunan insaniah dalam konteks pentadbiran negara. Segala dasar, program serta […]

Kunjungan Hormat daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Petang ini saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang diwakili Pesuruhjaya-Pesuruhjaya iaitu YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal bersama para pegawai SUHAKAM. Pertemuan tadi telah membincangkan isu-isu semasa hak asasi manusia. Tentunya agensi hal ehwal Islam bersedia untuk bersama-sama […]

Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 12 Zulhijah (18 Jun). Dalam majlis tersebut, TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan Program Nusuk Masar bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah Haji seluruh dunia bagi Musim […]

Pertemuan bersama HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi

Sebentar tadi, saya menerima undangan pertemuan bersama rakan sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi. Pertemuan ini turut diiringi Tan Sri Abd Rashid Hussain, Pengerusi Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan Dato Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan […]

Kunjung hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah

Sempena Musim Haji 1445H, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah. Alhamdulillah, Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai hubungan akrab dengan pihak Liga Dunia Muslim. Malaysia bersama pihak mereka telah berjaya menganjurkan International Conference […]

Pelancaran Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah

Saya telah melancarkan Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah. Dalam petikan hadith yang direkodkan Imam Tirmizi, Baginda SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ .. Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia […]

Selamat Datang, Welcome