JAWI Run 2024

Pagi tadi berkesempatan menyertai JAWI Run 2024 bersama Alif Satar dan juga 15,000 peserta larian. Program yang bermula seawal 4.45 pagi dengen pelepasan kategori 21km. Program diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah dan pelepasan kategori 10km, 5km dan 3km. Saya turut tersentuh apabila komuniti “Bikeisable” turut hadir bersama anak istimewa menyertai larian Jawi Run 2024. […]
Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024

Tahniah kepada JAWI kerana menganjurkan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 bersempena Sambutan Jubli Emas ke 50 Tahun JAWI. Konvensyen yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya ini telah dihadiri para peserta terdiri daripada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri, para pentadbir masjid dan surau, ahli akademik dan para pemimpin masyarakat. Menguruskan kematian […]
Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Jiwa Merdeka, Cinta Negara”

Malam ini saya amat berbesar hati dapat bersama-sama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Negeri Sabah dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung dari Tuaran, Sabah. Alhamdulillah, malam ini Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Jiwa Merdeka, Cinta Negara” yang diadakan di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Sabah. Forum […]
Perasmian platform Koha Islamic Digital

Alhamdulillah saya baru sahaja merasmikan platform Koha Islamic Digital. Hari ini dalam mendepani arus perdana, pihak Koha Islamic Digital telah menyediakan platform digital atas talian untuk mana-mana orang Islam yang berhajat membuat pengurusan harta pusaka seperti wasiat, hibah dan harta sepencarian. Sepantas kurang dari 30 minit, seseorang pengguna itu boleh menghasilkan pewarisan harta pusaka melalui […]
Perasmian Surau Al-Marjan, SMK Batu Muda, Kuala Lumpur

Selepas program di Chow Kit saya terus ke SMK Batu Muda, Kuala Lumpur untuk merasmikan Surau Al-Marjan yang telah selesai pembinaan pada Disember 2023. Surau ini mengambil masa 2 tahun untuk dibina dan merupakan hasil kutipan wakaf tunai khas. Surau ini bakal memberi manfaat kepada 1446 pelajar dan guru-guru. Ini merupakan salah satu daripada 6 […]
Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS 2024

Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS Kali Ke-20. Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS hari ini meraikan kejayaan 70 orang graduan yang […]
Program Komuniti Madani Sarawak 2024

Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan ke Sekolah Kebangsaan Salak yang terletak di Kampung Pulau Salak, Kuching, Sarawak. Perjalanan ke kampung tersebut perlu menaiki bot dari Jeti Kampung Semariang Batu dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit Sampai sahaja di sana saya bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni guru-guru, anak murid dan penduduk […]
Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024

Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak kerana sudi melapangkan masa hadir ke Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024 yang dianjurkan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Alhamdulillah hari ini 3 orang penerima […]
Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada Pemandu E-Hailing Grab dan Teksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana sudi melapangkan masa hadir ke Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada Pemandu E-Hailing Grab dan Teksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sekaligus memberi semangat kepada pemandu yang hadir pada hari ini. Moga sumbangan dari MAIWP & PPZ […]
Dialog Belanjawan 2025 Malaysia Madani dengan tema Menuju Malaysia Madani (Al-Falah)

Sekitar Dialog Belanjawan 2025 Malaysia Madani dengan tema Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Majlis ini merupakan sesi libat urus antara Kerajaan dengan pemain industri kemajuan Islam yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sudah tentu maklum balas daripada para hadirin penting dan […]