Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI)

Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang dipengerusikan bersama oleh saya dan juga YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Mesyuarat ini sangat penting bagi saya kerana melalui mesyuarat ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dapat berganding bahu dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam menetapkan keutamaan, strategi dan inisiatif […]

Pertemuan bersama Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan

Sekitar pertemuan bersama Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan di kediaman Duta Besar Sudan TYT Hassan Abdel-Salam Omer. Alhamdulillah pelbagai isu membabitkan pengurusan hal ehwal Islam dibincangkan bersama. Turut hadir Duta Besar Mesir TYT Ragai Tawfik Said Nasr. Semoga hubungan strategik ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada negara.

Mesyuarat penyelarasan bersama JAKIM dan TVAlhijrah bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Petang tadi selepas selesai temuramah bersama TV3, saya menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama JAKIM dan TVAlhijrah membincangkan agenda Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 September 2024. Segala persiapan telahpun disusun agar majlis tersebut benar-benar membangkitkan penghayatan serta berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada JAKIM & TV Alhijrah yang bertungkus lumus memastikan segala […]

Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 “Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies”

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak bercemar duli menyempurnakan Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 “Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies”. Menjunjung kasih Tuanku. Persidangan yang dianjurkan […]

Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri

Bersama YAB Perdana Menteri pagi ini dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri. Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyebut berkaitan pengiktirafan catatan ekonomi dan pengukuhan ringgit terbaik dalam 14 tahun ini. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana sektor perkhidmatan awam yang banyak membantu prestasi Kerajaan. YAB Perdana Menteri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua […]

Himpunan Pembebasan Palestin

“Kita tetap pertahan hak Hamas sebagai pejuang dalam gerakan membebaskan Palestin dan di Gaza.” Itu antara intipati pidato yang disampaikan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. Moga dengan keberkatan berkumpulnya rakyat Malaysia malam ini. Dengan gema laungan “Free Palestine”, moga Allah makbulkan doa […]

Program Konvoi Sejiwa Madani

Sekitar Program Konvoi Sejiwa Madani yang melibatkan warga RPS Kemar dan RPS Banun dalam Daerah Gerik, Perak. ucapan terima kasih kepada semua ketua masyarakat di RPS Kemar dan seluruh warga desa permai ini atas kesudian memberi sokongan penuh bagi memastikan kejayaan Konvoi Sejiwa Madani ini. Alhamdulillah tahniah dan syabas dirakamkan kepada semua pihak yang menjayakan […]

Sarapan bersama Konvoi Sejiwa MADANI

Pagi tadi saya bersama dua orang anak saya, Usamah & Sumayyah sarapan bersama Konvoi Sejiwa MADANI di Coffee Village sebelum mereka bertolak ke Perak untuk program selama 3 hari. InsyaAllah Konvoi Sejiwa MADANI akan menyantuni orang asli di beberapa tempat sekitar Tasik Banding. Saya doakan agar perjalanan konvoi ini dimudahkan dan semoga apa yang dilaksanakan […]

Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya

Semalam saya menghadiri Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Malam tadi telah membariskan 7 orang anak muda peserta akhir yang hebat semuanya. Mereka telah membuat persembahan penuh berfakta, interaktif dan menyentuh qalbu. Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka yang telah digilap bakat masing-masing oleh YADIM. Alhamdulillah, musim […]

Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024

Solat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Hari ini telah disampaikan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut bersama-sama bersolat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Sejurus selepas Solat Jumaat, para jemaah telah menunaikan Solat Jenazah Ghaib ke atas Almarhum Ismail Haniyeh.

Selamat Datang, Welcome