Pertemuan bersama Setiausaha Agung Muslim World League, H.Ε. Sheikh Dr Mohammed bin Abdul Karim Al-Issa di Ibu Pejabat Muslim World League, cawangan Pakistan

Saya telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Muslim World League, H.Ε. Sheikh Dr Mohammed bin Abdul Karim Al-Issa di Ibu Pejabat Muslim World League, cawangan Pakistan. Dalam pertemuan ini membincangkan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Muslim World League untuk memartabatkan syiar Islam. InsyaAllah, sekali lagi Kuala Lumpur dipilih oleh Muslim World League […]
The International Conference on Girl’s Education in Muslim Communities di Jinnat Convention Centre, Islamabad

Usai majlis pembukaan The International Conference on Girl’s Education in Muslim Communities di Jinnat Convention Centre, Islamabad saya dan beberapa menteri dari negara lain yang hadir dijemput mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Pakistan, H.E Shehbaz Sharif dikediaman rasmi beliau. Pelbagai isu pendidikan melibatkan wanita diketengahkan bagi mencapai matlamat persidangan iaitu memperkasakan pendidikan terutamanya […]
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera

Sekitar Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri semalam. Majlis Ekonomi Bumiputera merupakan agenda nasional yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh program Bumiputera dalam peningkatan ekonomi, penguasaan keusahawanan dan sebagainya. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis Perasmian Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh (NKI SBP) Peringkat Antarabangsa

“Anak-anak semua adalah pemimpin masa hadapan negara. Teruskan menuntu ilmu, hikmah dan menghayati akhlak Islam”, itulah antara pesan saya kepada para pemimpin pelajar ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh (NKI SBP) Peringkat Antarabangsa. Nadwah Kepemimpinan Islam ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim dan Bahagian Pengurusan Sekolah […]
Forum Perdana Ehwal Islam

Alhamdulillah telah selesai Forum Perdana Ehwal Islam malam ini bersama Panel YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan Ustazah Dr Fatimah Syarha bt Mohd Noordin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim. Moderator forum tadi Al Fadhil Ustaz Rizal Ramli. Semoga dengan kedatangan tahun baharu […]
Penyampaian surat lantikan Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)

Tengahari tadi saya menyampaikan surat lantikan sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) kepada YBhg. Tuan Haji Abdul Khudus Bin Mohd Naaim. Tahniah saya ucapkan. Moga Tuan Haji Abdul Khudus dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperkasakan YAPEIM (Official).
Ziarah adik Muhammad Uwais Al-Qarni dan adik Nur Sofea Humaira

Petang tadi saya menziarahi dua anak yatim piatu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan adiknya Nur Sofea Humaira, 4, di Bandar Baru Bangi. Mereka kehilangan kedua ibu bapa, adik serta datuk dan nenek sebelah ibu mereka dalam kemalangan tragis pada 23 Disember lalu. YAPEIM (Official) menyampaikan bantuan Sinar Kasih iaitu bantuan bulanan berjumlah RM200 setiap seorang […]
Kunjungan daripada Ustaz Wadi Annuar

Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Ustaz Wadi Annuar, Pengerusi Akademi Darul Ilmi. Perbincangan bertumpu kepada pembangunan pendidikan anak-anak. Akademi Darul Ilmi memberi fokus terhadap pengajian hafazan Al-Quran, hafazan matan hadis, tafaqquf fiddin serta pengajian akademik. Institusi ini meletakkan matlamat untuk melahirkan generasi hafiz dengan ingatan 30 juzuk secara konsisten, menghafaz hadis serta menghayati […]
KEMPEN BAYAR ZAKAT MEMBANTU ASNAF

Bantu kami untuk terus membantu asnaf yang memerlukan. Realiti hidup di tengah bandar khususnya Wilayah Persekutuan ini amat mencabar. Beruntung dan bersyukur seseorang itu diberikan rezeki untuk terus ‘survive’ membina kehidupan di tengah ibu kota. Alhamdulillah rezeki dari yang Maha Esa untuk hamba yang sentiasa ingat kepadaNya. Namun, tidak dinafikan juga yang kurang bernasib baik […]
GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA! Sempena menyambut Tahun Baharu 2025, 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Du’at Al-Falah akan membawakan program khas penuh pengisian rohani dan bermanfaat buat anda sekeluarga! 🗓️Tarikh: 31 Disember 2024 – 1 Januari 2025 […]