Program Khatan Perdana MAIWP dan Ziarah Asnaf

Sekitar program Khatan Perdana MAIWP dan Ziarah Asnaf di Masjid Al-Imam Tirmizi, Kuala Lumpur hari ini. Berbesar hati dapat menyantuni anak–anak yang berkhatan tadi. Amat sinonim dalam kalangan anak-anak kita terutamanya, ketika tibanya musim cuti sekolah. Ia satu sunnah sebagaimana hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW: الْفِطْرَةُ خَمْسٌ – أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – […]

Ziarah Encik Megat Zulazianoor bin Megat Zulkafli

Saya bersama MAIWP menziarahi Encik Megat Zulazianoor bin Megat Zulkafli di kediaman beliau bersama keluarga. Encik Megat Zulazianoor merupakan seorang ketua keluarga yang menanggung seorang isteri dan 6 orang anak. Beliau bekerja sebagai pembantu gudang dengan pendapatan tidak menentu mengikut bungkusan yang diuruskan. Isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga dan menguruskan anak-anak. Beliau adalah penerima […]

Ziarah Encik Hussain Dee bin Abdul Rahman

Menziarahi Encik Hussain Dee bin Abdul Rahman di kediaman beliau di Flat Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Encik Hussain merupakan seorang ketua keluarga yang menanggung seorang isteri dan seorang anak OKU terlantar. Beliau bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat katering manakala isteri tidak bekerja kerana menjaga anak OKU terlantar yang memerlukan penjagaan sepenuh masa. […]

Ziarah En Khuri

Saya bersama pasukan MAIWP turut menziarah Encik Khuri bin Jaafar sekeluarga di kediaman mereka di Flat Seri Sentosa Kuala Lumpur. En Khuri yang berusia 82 tahun tidak bekerja, begitu juga isterinya tidak bekerja, pada masa sama mereka dikurnia anak istimewa yang sudah mencecah usia 30 tahun. En Khuri adalah penerima bantuan MAIWP, semoga bantuan yang […]

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Sekitar Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) anjuran bersama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, Selangor. Ini adalah komitmen berterusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM bersama rakan-rakan strategik dalam usaha membimbing pemulihan kepada penyalah […]

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk melaksanakan program pengukuhan nilai-nilai Maqasid Syariah dalam pengurusan. Tahniah kepada JAKIM kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik bertempat di Dewan Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM). Seminar ini amat penting bagi memberikan penerangan […]

Perasmian Surau Bergerak Bas Dua Tingkat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Mengiringi YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan perasmian Surau Bergerak Bas Dua Tingkat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Putra, Putrajaya. Kemudahan Surau Bergerak Bas Dua Tingkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini adalah disediakan kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan bersolat dalam apa-apa majlis berskala besar. […]

Majlis Ilmu Madani

Majlis Ilmu Madani malam ini bersama tokoh pendakwah antarabangsa, Yusuf Islam @ Cat Steven. Majlis ini juga dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Pengalaman Yusuf Islam dalam dunia dakwah kontemporari amat memberi inspirasi kepada semua pihak. Tentu sekali dakwah itu dipasak oleh kefahaman Al-Quran, sunnah dan akhlak Islam. Semoga kita terus menyebarkan keindahan […]

Persidangan Mudara’ Tahfiz Kebangsaan 2024

Pagi ini saya menghadiri Persidangan Mudara’ Tahfiz Kebangsaan 2024 yang sungguh bermakna hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan. Amat berbesar hati dapat menyantuni para mudara’, pengasas, dan guru-guru madrasah tahfiz dari seluruh negara; termasuk para pimpinan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia anggota- anggotanya dari badan-badan gabungan negeri. JPM (Hal Ehwal Agama) sentiasa meletakkan agenda memartabatkan […]

Selamat Datang, Welcome