Menyambut TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Muslim World League

Sekitar semalam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyambut TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Muslim World League untuk menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024. Kedua-dua acara rasmi ini adalah anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM […]

Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Serentak selepas Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dianjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih setingginya kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kerana sudi melapangkan masa menyantuni seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. […]

Program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tengah hari tadi saya menghadiri program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama-sama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks PPj, Presint 3. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan seluruh warga […]

Majlis Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Amat berbesar hati pagi ini YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kerana menyantuni masyarakat dalam Majlis Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis pagi ini digerakkan sebagai platform pengukuhan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Membawa nilai-nilai rahmah, gabungan Masjid dan Surau JAWI menyantuni para pengunjung termasuk golongan […]

Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Madani 2024 di Wilayah Persekutuan Labuan

Syukur alhamdulillah, Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Madani 2024 dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dianjurkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak MAIWP Labuan atas usaha amat bermakna ini. Ia menjadi jambatan kepada kita untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita khususnya yang kita raikan para asnaf. Inilah juga yang […]

Majlis Akad Nikah Rahmah 2024

Saya bersama pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meraikan Majlis Akad Nikah Rahmah 2024. Majlis ini dianjurkan bersempena Sambutan Jubli Emas ke 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Firman Allah dalam Surah Al-Rum ayat 41: وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي […]

Program Imarah Masjid bersama Lagenda Ragbi Dunia, Mr. Sonny Bill Williams (Hamzah)

Program Imarah Masjid bersama lagenda ragbi dunia, Mr. Sonny Bill Williams (Hamzah) di Masjid Putra, Putrajaya. Selepas solat Subuh, Saudara Sonny Bill Williams telah berkongsi pengalaman dan nasihat bersama para jemaah. Para jemaah telah bersama-sama beriadah dan berjalan hingga ke Istana Kehakiman, Putrajaya. Ini adalah pendekatan yang boleh kita usahakan untuk mengajak lebih ramai masyarakat […]

Taklimat Pre-Council Ahli Parlimen Kerajaan Madani

Alhamdulillah, hari ini saya menghadiri Taklimat Pre-Council Ahli Parlimen Kerajaan Madani bertempat di Kompleks Seri Perdana. Turut bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, seluruh ahli barisan kabinet serta ahli-ahli Parlimen […]

Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2024

Saya telah merasmikan Konvensyen al-Quran Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2024 yang mengangkat tema “Meneroka Rahsia Alam Melalui Ayat-Ayat Kauniyyah” petang tadi bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Usaha mentadabbur ayat-ayat Kauniyyah akan memandu kepada ibrah pengajaran dan keimanan yang berterusan. Penerokaan mengenai ayat-ayat kauniyyah mengenai penciptaan alam terutamanya berkaitan langit dan bumi amat bermanfaat untuk […]

Selamat Datang, Welcome