Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Murid B40 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg. Baru, Semenyih

Pagi ini saya telah turun menyantuni murid-murid dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Murid B40 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg. Baru, Semenyih. Dalam majlis ini, seramai 314 orang murid-murid telah menerima bantuan berupa sumbangan tunai dan beg sekolah. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan persekolahan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibubapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, […]

Majlis Ulama Asia 2024

Dari lubuk hati yang dalam, saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada YBhg Datin Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM bersama barisan urus setia JAKIM dan semua pihak yang menjayakan 2 acara besar Kerajaan iaitu International Conference Religious Leaders dan Majlis Ulama Asia 2024. Kedua-dua acara ini dilaksana dengan kerjasama […]

Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL)

Sekitar Majlis Tandatangan Letter of Intent (LoI) antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama Muslim World League (MWL) bagi persepakatan dan persefahaman dalam bidang penyelidikan, penganjuran program seperti seminar dan persidangan serta penerbitan berkaitan Fiqh Ta’ayush dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Majlis berlangsung di pejabat Muslim World League di Petaling Jaya Selangor. Ketua Pengarah IKIM, […]

Majlis Santuni 282 Orang Jemaah Haji Kumpulan Pertama Ke Tanah Suci

Malam ini saya berada di KLIA untuk mengucapkan Selamat Berlepas Ke Tanah Suci kepada 282 orang jemaah Haji Kumpulan Pertama. Kumpulan Pertama jemaah ini berlepas pada tengah malam ini jam 12.05 minit menaiki pesawat MH 8050. Marilah kita bersama-sama berdoa seluruh jemaah diberikan keselamatan dan kesejahteraan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini. Pengurusan dan seluruh […]

Majlis Istiadat Konvoksyen Khas Universiti Malaya

Sekitar Majlis Istiadat Konvoksyen Khas Universiti Malaya, Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik kepada TYT Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, World Muslim League. DYMM Tuanku Canselor Universiti Malaya telah memperkenankan Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya diadakan pada 7 Mei 2024 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis Perasmian Imternational Conference of Religious Leaders 2024 (ICRL)

Majlis Perasmian Imternational Conference of Religious Leaders 2024 (ICRL) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Jelas amanat YAB Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk mempromosikan agenda keamanan dan keharmonian untuk kepentingan sejagat. Mesej Qurani termaktub dalam Surah Al-Hujurat ayat 13. Semoga ia menyerlahkan keindahan Islam yang menyebarkan nilai rahmah dan kasih […]

Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei Tahun 2024

Sekitar Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei Tahun 2024. Amanat YAB Perdana Menteri begitu jelas menuntut komitmen tidak berbelah bahagi semua anggota perkhidmatan awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya mahu seluruh warga agensi hal ehwal Islam sentiasa pantas menyelesaikan isu-isu berkaitan […]

Ziarah Asnaf di Labuan

Dalam program di Wilayah Persekutuan Labuan semalam, saya mengambil peluang menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada lima keluarga asnaf di Labuan. Saya berziarah ke kediaman Encik Mohd Afandi Awang, penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP menjadi lokasi pertama dalam sesi kunjung ziarah tersebut. Encik Afandi menanggung seorang isteri, lima orang anak berumur di antara 3 hingga 14 […]

Perkongsian Berkaitan Halatuju Penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 Bersama Agensi Media

Petang ini saya mengadakan pertemuan bersama agensi media bagi berkongsi wawasan serta halatuju penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 yang dijadual berlangsung esok hari, 7 Mei dan 8 Mei 2024. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat komited untuk menggerakkan usaha perpaduan dan keharmonian masyarakat selaras gagasan YAB Perdana […]

Selamat Datang, Welcome