Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Teramat penting untuk memupuk dan menggalakkan budaya iqra dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai bentuk program seperti halaqah buku, resensi buku dan sebagainya. Sebagaimana kita maklum bahawa membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Petang ini, saya berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merasmikan 4 judul buku seperti berikut: 1) […]

Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah pun bermula pagi ini dengan acara hafazan Al-Quran. Pagi ini saya hadir menyantuni Ashabul Fadhilah para jemaah hakim acara hafazan di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Alhamdulillah, saya mengikuti bacaan para peserta mengikut kategori yang mewakili negeri masing-masing. Masyarakat yang […]

Menziarahi Encik Hafiz Oon Jun Seong (Mr. Bentong)

Hari ini, saya mengambil kesempatan menziarahi Encik Hafiz Oon Jun Seong atau lebih dikenali dengan nama Mr. Bentong di kedai beliau. Encik Hafiz dan pasukan beliau begitu komited menggerakkan perniagaan beliau dan lebih istimewa beliau adalah salah seorang pembayar zakat di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga di Pusat Kutipan […]

Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M

Semalam saya bersama TYT TYT Mesaad Ibrahim Al Sulaim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia telah melancarkan Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelaksanaan program yang telah memasuki tahun keenam pelaksanaannya, akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) […]

Kunjung Hormat H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz)

Dalam lawatan kerja rasmi di Republik Kyrgyz, saya bersama YBhg Datin Paduka Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM Malaysia telah berkunjung hormat kepada H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz). Pertemuan berlaku dengan penuh harmoni dalam kerangka JAKIM bersedia untuk berkongsi kepakaran […]

Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah

Saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para pelajar dalam Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah yang berlangsung di Istanbul. Saya berpesan kepada para pelajar untuk mengambil cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku di dunia hari ini. Keberadaan para pelajar di bumi Turkiye ini wajar dimanfaatkan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu selain mempelajari pelbagai […]

World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye

Saya berada di Turki, memenuhi undangan menghadiri World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye. Persidangan ini membawa tema “Revival of the Hilf al-Fudul Concept Following the Gaza Crisis” Persidangan ini dihadiri oleh para ulama’, ilmuan termasuk Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara. Semalam, TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye telah mengundang semua […]

Majlis Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M

Sekitar Majlis Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M yang berlangsung di Kuantan Pahang. Majlis telah disempurnakan Pra-Pelancaran oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 23 – 28 Mei 2024 bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks […]

Selamat Datang, Welcome