Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri

Bersama YAB Perdana Menteri pagi ini dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri. Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyebut berkaitan pengiktirafan catatan ekonomi dan pengukuhan ringgit terbaik dalam 14 tahun ini. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana sektor perkhidmatan awam yang banyak membantu prestasi Kerajaan. YAB Perdana Menteri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua […]
Himpunan Pembebasan Palestin

“Kita tetap pertahan hak Hamas sebagai pejuang dalam gerakan membebaskan Palestin dan di Gaza.” Itu antara intipati pidato yang disampaikan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. Moga dengan keberkatan berkumpulnya rakyat Malaysia malam ini. Dengan gema laungan “Free Palestine”, moga Allah makbulkan doa […]
Program Konvoi Sejiwa Madani

Sekitar Program Konvoi Sejiwa Madani yang melibatkan warga RPS Kemar dan RPS Banun dalam Daerah Gerik, Perak. ucapan terima kasih kepada semua ketua masyarakat di RPS Kemar dan seluruh warga desa permai ini atas kesudian memberi sokongan penuh bagi memastikan kejayaan Konvoi Sejiwa Madani ini. Alhamdulillah tahniah dan syabas dirakamkan kepada semua pihak yang menjayakan […]
Sarapan bersama Konvoi Sejiwa MADANI

Pagi tadi saya bersama dua orang anak saya, Usamah & Sumayyah sarapan bersama Konvoi Sejiwa MADANI di Coffee Village sebelum mereka bertolak ke Perak untuk program selama 3 hari. InsyaAllah Konvoi Sejiwa MADANI akan menyantuni orang asli di beberapa tempat sekitar Tasik Banding. Saya doakan agar perjalanan konvoi ini dimudahkan dan semoga apa yang dilaksanakan […]
Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya

Semalam saya menghadiri Pentas Akhir Daie Muda YADIM 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Malam tadi telah membariskan 7 orang anak muda peserta akhir yang hebat semuanya. Mereka telah membuat persembahan penuh berfakta, interaktif dan menyentuh qalbu. Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka yang telah digilap bakat masing-masing oleh YADIM. Alhamdulillah, musim […]
Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024

Solat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Hari ini telah disampaikan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut bersama-sama bersolat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Sejurus selepas Solat Jumaat, para jemaah telah menunaikan Solat Jenazah Ghaib ke atas Almarhum Ismail Haniyeh.
Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Masjid Negara

Petang tadi, saya menghadiri Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Masjid Negara. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga turut menghadiri majlis tersebut bersama-sama YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman. Semoga Allah […]
Pertemuan bersama penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir

Sempena lawatan kerja rasmi ke Mesir kerana mewakili Kerajaan Malaysia dalam Persidangan Fatwa Antarabangsa, saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir. Saya memberi peringatan kepada para penuntut agar sentiasa bersyukur di atas peluang untuk menyambung pengajian di bumi Mesir. Ia adalah satu rezeki dan nikmat yang mesti disyukuri. Dalam arena […]
Kunjungan Hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates. Saya telah disambut oleh H.E. Dr. Abbas Shouman, Pengerusi Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa merangkap Setiausaha Agung Majlis Ulama’ / Council of Senior Scholars. Saya telah diberikan penerangan tentang struktur […]
Persidangan Fatwa Antarabangsa (Fatwa & The Ethical Foundation In An Accelerating World)

Dalam Persidangan Fatwa Antarabangsa semalam, saya telah berkongsi tentang amalan dan proses kefatwaan di Malaysia. Dalam pada masa sama, saya turut berkongsi proses pewartaan keputusan fatwa agat mempunyai kesan perundangan. Ini adalah antara keunikan sistem pengurusan fatwa negeri-negeri di Malaysia. Fatwa berperanan penting dalam menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam bidang akidah, ibadah, kemasyarakatan, kepenggunaan, […]