Majlis Selawat Perdana- Masjid Jamek Kampong Bharu
Alhamdulillah malam ini Masjid Jamek Kampong Bharu diimarahkan dengan laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bermula Majlis Selawat Perdana usai solat maghrib secara berjemaah dan majlis diteruskan selepas solat isyak dengan penyampaian tausiyah dari Habib Nael Bin Taher. Moga majlis ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan semoga apa yang kita laksanakan ini dinilai […]
Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani
MasyaAllah penuh Dewan Kelab Sultan Sulaiman hari ini sempena Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani yang berlangsung seawal 8 pagi hinggalah malam ini. Pelbagai aktiviti menarik antaranya sukaneka, jualan Rahmah Madani, jualan usahawan asnaf dan pelbagai lagi aktiviti dengan kerjasama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Moga program ini dapat […]
Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024- Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur
Selepas selesai ziarah ke rumah asnaf dan kawasan sekitar Kampung Baru, saya terus ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekolah ini terpilih menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024 berjumlah RM1.5 juta ringgit. Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif Maiwp dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya pelajar sekolah yang kelaparan. […]
Menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru
Selesai ziarah ke rumah asnaf, saya dan rombongan ketua agensi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru. Fokus kami di kawasan gerai makan, di sana saya menyampaikan goodie bag kepada sesiapa sahaja yang saya temui. Sambil berjalan dan menyantuni masyarakat sambil itu saya terkenang memori sewaktu saya membesar di sini. Subhanallah terasa pantas waktu berlalu, kini […]
Ziarah Madani Kampung Baru- Encik Badrol Hisham bin Mohd Noor
Rumah terakhir yang saya kunjungi dalam Ziarah Madani Kampung Baru ini adalah rumah Encik Badrol Hisham bin Mohd Noor yang merupakan salah seorang asnaf penerima bantuan zakat Maiwp. Encik Badrol merupakan seorang pemandu teksi sambilan dengan jumlah pendapatan kasar tidak lebih RM600 sebulan. Isterinya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak. Seorang merupakan […]
Ziarah Madani Kampung Baru- Puan Siti Norsiah binti Mashkor
Misi Ziarah Madani Kampung Baru diteruskan ke rumah Puan Siti Norsiah binti Mashkor. Alhamdulillah Puan Siti menyambut rombongan kami dengan senyuman. Puan Siti tinggal berdua bersama kakaknya yang berumur 71 tahun di rumah pusaka. Puan Siti tidak bekerja kerana faktor usia dan kelangsungan hidup bergantung penuh dengan bantuan Maiwp. Komuniti sekitar dan juga pihak masjid […]
Ziarah Madani di Kampung Baru- Puan Norazian
Pagi tadi saya mulakan Ziarah Madani di Kampung Baru bersama ketua-ketua agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Puan Norazian Binti Bistaman yang merupakan asnaf penerima bantuan zakat Maiwp. Puan Norazian merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, dua anak telah berkahwin dan masih menanggung dua […]
Walkabout YAB Perdana Menteri sekitar gerai DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Sebelum Solat Jumaat tadi, saya menyertai walkabout YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan para peniaga di sekitar gerai DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Selain menyantuni para peniaga tersebut, ia juga meninjau serta mendapat maklum balas soal kebajikan dan keperluan para peniaga. Semoga dipermudahkan segala urusan para peniaga di sini […]
Ruang Bicara bersama Bernama: “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”
Terima kasih kepada Bernama TV kerana telah mengundang saya malam ini. Malam ini kita berbincang tentang “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”. Ada beberapa perkara saya ulas tadi khususnya agenda memperkasakan sistem perundangan kehakiman syariah. Terima kasih Wan Syahrina, Hos Ruang Bicara malam ini. Tidak dilupakan Puan Naizatul Shima Penerbit dan semua krew malam ini. Tidak […]
Kunjungan wakil dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
Petang tadi saya dikunjungi oleh beberapa wakil dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs Ir. Haji Mohd Jamaludin. ACCIN sebuah gabungan NGO Islam ditubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Saya amat berterima kasih dengan usaha mereka dalam dakwah Islamiah. Saya telahmenyerahkan 10 Resolusi […]