Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024

Mendengar amanat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 petang tadi benar-benar membuat kita berfikir sejenak menyingkap sejarah pengorbanan para pejuang terdahulu. Dengan sejarahlah dapat kita mensyukuri setiap nikmat kemerdekaan yang kita dan bakal anak cucu kita rasai. Moga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat memaknai […]

Perasmian Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS

Petang ini saya telah menyempurnakan Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS. Setinggi-tinggi tahniah ingin saya sampaikan kepada pihak Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang telah berjaya menubuhkan cawangan baru bagi Pusat Hemodialisis ini. Ucapan tahniah kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan penubuhan pusat ini. Jabatan Perdana Menteri […]

Malaysia Quran Hour 2024

Alhamdulillah, pagi ini bersempena kemerdekaan negara, telah dianjurkan Malaysia Quran Hour 2024 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dengan tema “Jiwa Merdeka : Memaknai Rukun Negara”, acara tahunan kali ini telah mentadabbur Surah Al-Hujurat dan Surat Al-Jumu’ah. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi bersama YBhg Dato’ Hussamuddin Haji […]

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Ogos 2024

Selepas selesai program di Sepang saya bergegas ke Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat pengurusan tertinggi bersama ketua-ketua agensi dibawah seliaan saya. Pelbagai isu yang dibincangkan demi kemaslahatan umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan. Moga segala apa yang kita usahakan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.

Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024″

Alhamdulillah tengah hari tadi saya merasmikan program “Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024”. Saya menzahirkan penghargaan kepada Jakim dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri di atas usaha dan kerjasama menjayakan konvensyen ini. Agenda nilai-nilai madani perlu digerakkan dengan penuh optimum dalam sektor awam khususnya. JAKIM […]

Sidang Media Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

Sekitar Sidang Media Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi kerana telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Malaysia […]

Muzakarah Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia ke-17

Saya bertemu Ahli-Ahli Muzakarah Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia yang bermuzakarah untuk kali ke-17. Muzakarah kali ini yang dipengerusikan tokoh perbankan Islam terkemuka, Prof Dr. Ashraf Md Hashim, mengemukakan 2 isu utama iaitu Isu Pengurusan Dana Awam Oleh NGO di Malaysia Mengikut Perspektif Syarak dan juga isu kajian Transaksi Pelaburan Emas. Saya mengharapkan agar […]

Ziarah Datuk Wira Dr. Hj Rais Hussin Hj Mohamed Ariff

Usai program Muzakarah Masjid Se-Malaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin saya terus bergerak ke Bukit Jelutong untuk menziarahi sahabat saya Datuk Wira Dr. Hj Rais Hussin Hj Mohamed Ariff yang baru sahaja keluar dari hospital. Alhamdulillah kesihatan beliau beransur pulih dan saya doakan agar Datuk diberi keafiatan agar dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.

Selamat Datang, Welcome