Simposium Haji di Mekah

Saya mewakili Kerajaan Malaysia dalam Simposium Haji yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi di Mekah sempena Musim Haji 1445 Hijri. Persidangan yang telah dianjurkan sejak tahun 1970 ini telah menghimpunkan para ilmuan, cendekiawan serta pihak berkepakaran dalam pengurusan haji. Persidangan ini dihadiri oleh negara-negara di seluruh dunia. Sahabat sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq Al-Rabiah, Menteri Haji […]

Tinjauan ke Bangunan Roha Al-Madinah, ibu pejabat TH di Madinah

Sekitar tinjauan ke Bangunan Roha Al-Madinah, ibu pejabat TH di Madinah. Saya memantau pusat rawatan bagi jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Madinah. Saya secara peribadi melihat kesungguhan para petugas Tabung Haji memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji Malaysia. Saya sentiasa memperingatkan para petugas untuk mengikhlaskan niat serta berkhidmat sepenuh hati menyantuni para jemaah […]

Tugasan Rasmi Musim Haji 1445 Hijri 2

Setibanya di Madinah saya dan delegasi mengambil kesempatan solat Asar di Masjid Nabawi. Semoga Allah menerima semua amalan kita jua memberkati seluruh kehidupan. Selepas solat, saya mengambil ruang dan peluang untuk mengikuti majlis ilmu di Masjid Nabawi. Nabi SAW bersabda: مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ […]

Menyantuni para pegawai dan kakitangan di Wisma Tabung Haji Jeddah

Sebelum bertolak ke Madinah, saya dan pengurusan tertinggi Tabung Haji menyantuni para pegawai dan kakitangan di Wisma Tabung Haji Jeddah. Saya akan berada di Madinah terlebih dahulu. Semoga Allah memberkati urusan kita semua. Sabda Baginda Rasulullah SAW: لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى Maksud: […]

Tugasan Rasmi Musim Haji 1445 Hijri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, saya bersama Pengerusi Tabung Haji dan para jemaah telah berlepas pada jam 12.45 tengah malam semalam dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Syukur semua telah selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi. Saya akan berada di Arab Saudi untuk tugasan rasmi Musim Haji 1445 Hijri. Mewakili Kerajaan Malaysia dalam […]

Tinjauan keadaan pembangunan Surau Presint 11F di Putrajaya

Hari ini saya telah turun meninjau keadaan pembangunan Surau Presint 11F di Putrajaya. Ini adalah tinjauan kali ketiga saya untuk memastikan segala kerja-kerja dapat dilaksana dengan teratur. Pihak jawatankuasa Penaja Surau telah hadir bertemu saya untuk menyampaikan beberapa hasrat dan pandangan daripada masyarakat setempat yang amat menanti-nantikan pembinaan surau ini siap sepenuhnya. Saya telah menyatakan […]

Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024

Saya menghadiri Konvensyen Al-Liqa’ Al-Qanuniy 2024: Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan. Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan atas penganjuran program Konvensyen ini. Konvensyen yang meletakkan fokus “Pendakwaan dan Penguatkuasaan Jenayah Syariah Merentas Sempadan: Isu dan Cabaran” amat penting Tambahan pula, mutakhir ini, kesalahan-kesalahan jenayah Syariah telah dilakukan dengan pelbagai cara […]

Kunjungan Hormat H.E. Vanu Gopal Menon Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Hari ini saya menerima kunjungan hormat H.E. Vanu Gopal Menon Pesuruhjaya Tinggi Singapura. Alhamdulillah pertemuan berlangsung dengan penuh harmoni. Saya telah berkongsi beberapa perkara penting berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Semoga hubungan dua hala negara Malaysia dan Singapura akan terus kukuh terjalin untuk manfaat semua pihak.

Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI

Sekitar Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri. Modul yang dilancarkan ini akan dimanfaatkan dalam program latihan yang dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia. Tentunya modul ini adalah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara. Semoga matlamat murni untuk melahirkan generasi madani yang cintakan negara serta berbakti kepada nusa akan mencapai objektifnya. Sudah […]

Mengiringi Al-Imam Al-Allamah Prof Dr. Ali Jum’ah di KLIA

Alhamdulillah, semalam di KLIA, saya berkesempatan mengiringi Al-Imam Al-Allamah Prof Dr. Ali Jum’ah yang telah selesai menghadiri majlis ilmu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor. Al-Imam Al-Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah telah berlepas pulang setelah selesai urusan di sini. Saya mendoakan Al-Allamah Prof. Dr. terus diberikan kesihatan berpanjangan untuk terus berdakwah dan menyampaikan […]

Selamat Datang, Welcome