Kunjung Hormat kepada TYT Duta Aghanistan ke Malaysia

Selepas kunjungan hormat kepada TYT Duta Mesir ke Malaysia, saya terus membuat kunjungan hormat kepada Duta Aghanistan ke Malaysia, TYT Naqibullah Ahmadi. Pertemuan ringkas di pejabat beliau berlangsung dengan penuh harmoni. Semoga hubungan akrab yang terjalin akan memperkukuh keharmonian dalam konteks hubungan kenegaraan.

Kunjung Hormat kepada Duta Mesir ke Malaysia

Tengahari tadi, saya amat berbesar hati dapat mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Mesir ke Malaysia, TYT Ragai Tawfiq Said Nasr di pejabat beliau di Kuala Lumpur. Pertemuan tadi adalah berkisar tentang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Al Imam Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al- Tayyib ke Malaysia yang dijadualkan pada 1 Julai nanti. Bagi […]

Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 12 Zulhijah (18 Jun). Dalam majlis tersebut, TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan Program Nusuk Masar bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah Haji seluruh dunia bagi Musim […]

Pertemuan bersama HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi

Sebentar tadi, saya menerima undangan pertemuan bersama rakan sejawat saya, HE. Dr. Tawfiq bin Fauzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi. Pertemuan ini turut diiringi Tan Sri Abd Rashid Hussain, Pengerusi Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan Dato Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan […]

Kunjung hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah

Sempena Musim Haji 1445H, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah. Alhamdulillah, Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai hubungan akrab dengan pihak Liga Dunia Muslim. Malaysia bersama pihak mereka telah berjaya menganjurkan International Conference […]

Pelancaran Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah

Saya telah melancarkan Kempen Kebersihan Masya’ir bertempat di Hotel Land Premium, Mekah. Dalam petikan hadith yang direkodkan Imam Tirmizi, Baginda SAW bersabda: إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ .. Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia […]

Tinjauan ke Klinik Kecemasan di Abraj Janadriyah

Saya juga telah membuat tinjauan ke Klinik Kecemasan di Abraj Janadriyah. Klinik ini menyediakan kemudahan rawatan kepada para jemaah Haji Malaysia. Tabung Haji dan pihak Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji yang diuji dengan sakit. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kesihatan terbaik kepada seluruh jemaah haji dan para petugas.

Taklimat Operasi oleh Pengurusan Tabung Haji

Hari ini saya telah diberikan taklimat operasi oleh pengurusan Tabung Haji. Pihak pengurusan telah mengemaskini beberapa persiapan dan persediaan musim haji kali ini. Dengan kerjasama padu semua pihak dan semangat setiakawan yang tinggi, saya percaya tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang. Itu semangat yang kita terapkan di semua agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Ziarah Hab Media Haji Musim 1445 Hijri

Saya juga berkesempatan berziarah dan melihat Hab Media Haji Musim 1445 Hijri. Inisiatif Hab Media Haji ini telah dirasmikan oleh Menteri Media Kerajaan Arab Saudi, Salman bin Youssef Al-Dossary. Hab media ini menjadi pusat dan pengkalan data berkaitan operasi haji. Sudah tentu ia amat membantu lebih 1,500 petugas media di seluruh negara untuk mendapatkan informasi […]

Ramah Mesra bersama Jemaah Haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah

Sekitar ramah mesra bersama jemaah haji Maktab 77 dan 78 di Abraj Janadriyah. Selain bertanya khabar dan bersilaturrahim, saya juga menyampaikan nasihat kepada jemaah agar sentiasa terus memperteguhkan azam untuk melaksanakan ibadat haji dengan sebaik-baiknya. Ibadat haji adalah kemuncak rukun Islam yang kelima dan ia adalah penyempurnaan ibadat seorang hamba. Ia adalah kesimpulan kepada kehidupan […]

Selamat Datang, Welcome