Mesyuarat Pasca Kabinet agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Mesyuarat Pasca Kabinet agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya mengemaskini tindakan-tindakan semasa yang perlu diambil oleh agensi-agensi. Setiap agensi telah diperingatkan supaya melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat mengikut fungsi agensi. Dalam tempoh minggu ini ada beberapa acara besar melibatkan agensi Islam seperti Lawatan Rasmi […]

Pembentangan bacaan kali pertama 3 Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah membentangkan bacaan kali pertama 3 Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang berkenaan ialah : 1) RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 2) RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 3) RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 Usaha memperkukuh pentadbiran hal ehwal Islam adalah menjadi keutamaan saya […]

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024

Sekitar Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024. Dalam pertemuan ini, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan mesej penting khususnya memberikan penjelasan terhadap isu-isu semasa negara. Saya menyeru semua anggota Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti, memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir

Semalam, saya bersama TYT Ragai Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir di Malaysia telah menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir sempena Lawatan Rasmi Sheikh Al-Azhar ke Malaysia. Delegasi tersebut terdiri daripada H.E Abdel Rahman Mohamed Musa, Penasihat Sheikh al-Azhar (Hal Ehwal Luar Negara); al-Ustaz Ahmed Abdel Hadi Izzuddin, Ketua Pengarah Protokol Pejabat Sheikh al-Azhar; Tuan […]

Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya

Saya telah menghadiri program Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran langsung dari Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya semalam. Forum Perdana ini dibawakan oleh Universiti Multimedia, Telekom Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, DRB Hicom, Bank Islam Malaysia Berhad bersama JAKIM dan RTM. Topik yang dibawa “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”, membincangkan peranan […]

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pagi ini saya menyantuni para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pada majlis APC hari ini, seramai 92 orang pegawai telah menerima APC bagi tahun 2023 dan seramai 229 orang telah menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan. Selain itu, MAIWP juga telah mewujudkan satu Anugerah Khas baharu yang […]

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Hari ini saya meraikan para penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sekalung tahniah saya ucapkan kepad 20 penerima AKC berkenaan. Kewujudan YADIM dalam pentadbiran hal ehwal Islam adalah amat signifikan untuk mencorak pembangunan insaniah dalam konteks masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan kaum. Kita seharusnya terus bekerja dengan bersungguh-sungguh serta menerapkan […]

Kunjungan hormat daripada Rektor dan delegasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Turut bersama-sama beliau adalah wakil daripada Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah UIAM, Hospital Pakar Al-Islam dan Hospital Pakar An-Nur. Dalam pertemuan ini, turut hadir YBhg. Dato’ Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua […]

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi HEA

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi JAKIM, JKSM, JAWI, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, JAWHAR dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadi institusi penting untuk menggerakkan agenda Islam dan pembangunan insaniah dalam konteks pentadbiran negara. Segala dasar, program serta […]

Kunjungan Hormat daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Petang ini saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang diwakili Pesuruhjaya-Pesuruhjaya iaitu YBhg Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal bersama para pegawai SUHAKAM. Pertemuan tadi telah membincangkan isu-isu semasa hak asasi manusia. Tentunya agensi hal ehwal Islam bersedia untuk bersama-sama […]

Selamat Datang, Welcome