Pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya Muslim Tahun 2024-2028

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini melancarkan Pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya Muslim Tahun 2024-2028. Kita mahu memberikan keutamaan untuk membantu golongan OKU Muslim khususnya memberi sokongan, pemahaman tentang agama Islam supaya golongan OKU boleh mengamalkan cara hidup beragama bagi memenuhi keperluan fardhu ain. Saya telah mengarahkan JAKIM untuk […]

Majlis Ilmu di Masjid Sri Sendayan oleh Dr Omar Suleiman

Semalam saya telah menghadiri Majlis Ilmu di Masjid Sri Sendayan yang disampaikan Dr Omar Suleiman. Majlis ilmu ini turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Abdul Rashid Husain, Pengerusi Tabung Haji. Alhamdulillah majlis ilmu seperti ini amat berkesan khususnya dalam memberikan pengisian ilmu dan hikmah. Semoga negara kita terus makmur dengan majlis-majlis ilmu. Tahniah dan syabas […]

Majlis Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024

Hari ini saya telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah manifestasi jelas terhadap inisiatif dan komitmen JAWI yang berterusan dan kolektif bersama-sama rakan-rakan strategik dalam usaha memastikan akidah umat Islam khususnya […]

Taklimat Pelan Transformasi Daerah Kreatif Dan Kebudayaan Kuala Lumpur

Hari ini saya telah diberikan Taklimat Pelan Transformasi Daerah Kreatif Dan Kebudayaan Kuala Lumpur yang disampaikan oleh pihak Think City selaku Sekretariat kepada JK Pemandu Program Transformasi KLCCD. Program Transformasi KLCCD ini mengambil rangka kerja Ekonomi Madani bagi memartabatkan semula ibu kota Kuala Lumpur agar dapat menarik bukan sahaja pelancong tetapi para peniaga dan pelabur-pelabur […]

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat bercemar duli ke […]

Majlis Doa Akhir 1445 Hijri dan Awal Tahun 1446 Hijri

Rangkuman sekitar Majlis Doa Akhir 1445 Hijri dan Awal Tahun 1446 Hijri berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, semalam Bacaan Yasin serta Doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Dr. Muhammad Zakuwa Rodzali dan seterusnya solat Isyak berjemaah.

Menziarahi Puan Jamaliah binti Selamat

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semalam saya berziarah kepada Puan Jamaliah binti Selamat. Puan Jamaliah telah diuji dengan sakit strok. Semoga Allah memberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan Puan Jamaliah binti Selamat.

Menziarahi Encik Rozelan bin Abdul Razak

Semalam saya berziarah kepada Encik Rozelan bin Abdul Razak yang diuji dengan penyakit kencing manis kronik. Beliau jua menjalani hemodialisis. Saya bagi pihak MAIWP telah menyampaikan beberapa bantuan seperti bantuan perubatan awam kepada beliau. Selain beliau juga menerima bantuan rawatan hemodialisis dan bantuan kerusi roda. Semoga bantuan yang dihulur oleh MAIWP ini akan dapat meringankan […]

Menziarahi keluarga Encik Mohd Hafis bin Md Arid

Hari ini saya berziarah kepada keluarga Encik Mohd Hafis bin Md Arid, menyampaikan bantuan untuk keluarga beliau. Anakanda kepada Encik Hafis, iaitu Azriel Mifzal telah diuji dengan sakit Pelizeus Merzbacher dan juga dengan penyakit saraf genetik dan saluran pernafasan yang sempit. Saya bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan bantuan susu tambahan […]

Menyambut ketibaan Sheikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia

Semalam, saya menyambut ketibaan Sheikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang telah membuat lawatan rasmi atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Lawatan rasmi ke Malaysia berlangsung hingga 12 Julai 2024. Bersyukur ke hadrat Allah kerana negara Malaysia sentiasa dikunjungi tokoh ulama’ dunia. Semoga Allah merahmati dan […]

Selamat Datang, Welcome