Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia

Sekitar Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri akan terus menerajui industri halal khususnya pensijilan halal. Alhamdulillah, negara Malaysia […]

Perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara

Sekitar perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara. Alhamdulillah, majlis perjumpaan berlangsung dengan penuh harmoni. Ia turut disertai oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Pencerahan dan penjelasan telah diberikan tentang fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan […]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan. Bulan Rabi’ul Awwal merupakan bulan kelahiran insan teragung iaitu Baginda Rasulullah. Perutusan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah merupakan nikmat yang terbesar kepada seluruh makhluk. Al-Quran telah memberikan penjelasan, akhlak serta pekerti Baginda Rasulullah begitu tinggi. Baginda Rasulullah juga amat mengasihi seluruh umatnya. […]

Lawatan ke MAHA 2024 di MAEPS, Serdang

Semalam selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, pada sebelah petangnya saya ke MAHA 2024 di MAEPS, Serdang. Alhamdulillah, saya dapat beramah mesra dan menyantuni para pengunjung serta saya juga bertanyakan beberapa persoalan berkaitan pengalaman para usahawan dalam berurusan mendapatkan sijil halal. Ianya penting bagi saya untuk mendapatkan maklumbalas terus daripada mereka dalam merangka penambahbaikan […]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri

Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri bersamaan tahun 2024 Masihi. Bersempena Majlis Sambutan Maulidur […]

Majlis Malam Cinta Rasul SAW

Alhamdulillah, Majlis Malam Cinta Rasul SAW yang julung kali diadakan sempena Maulidur Rasul SAW telah berjaya dianjurkan semalam di Dataran Putra, Putrajaya. Anggaran seramai 50 ribu hadirin membanjiri Dataran Putra mendengar menekuni Tausiyah yang disampaikan Ashabus Samahah Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang, Timbalan Mufti Sabah dan Tuan Habib Ali Zainal Abidin. YAB Dato’ Seri Dr. […]

Majlis Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

“Potensi anak-anak pelajar Sekolah Menengah Agama akan terus dilentur dan dibentuk kerana mereka adalah pewaris negara” itu antara intipati ucapan saya dalam Majlis Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 202 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bharu. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan […]

Majlis Himpunan 24K Huffaz

Sekitar Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan pada semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Majlis Himpunan 24K Huffaz mengumpulkan lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara antaranya pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 madrasah tahfiz al-Quran yang […]

“Badminton Muhibbah”

Terima kasih kepada Saudara Shah Kirit kerana telah mengundang saya ke program “Badminton Muhibbah” semalam. Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, saya berasa gembira dapat bersama-sama memeriahkan acara badminton muhibah ini. Acara seperti ini tidak hanya mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan, tetapi juga mempererat hubungan perpaduan antara masyarakat dari berbagai latar belakang. Saya percaya bahwa […]

The Malaysia – Japan International Dakwah Seminar (MASJIDs)

Hari ini saya meraikan secara dalam talian para peserta The Malaysia – Japan International Dakwah Seminar (MASJIDs). Saya menyampaikan ucapan perasmian dan berkongsi tentang keindahan dakwah Islam yang bersifat rahmah serta nenyantuni masyarakat pelbagai lapisan. Tentunya usaha-usaha dakwah ini mesti dilakukan secara kolaborasi melibatkan pelbagai pihak. Senoga keindahan Islam terus terserlah dengan usaha-usaha dakwah hikmah […]

Selamat Datang, Welcome