Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki

Saya mengambil kesempatan hadir ke Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki di Maahad Tahfiz Miftahul Ulum Hulu Langat, Selangor malam tadi. Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat hadir ke majlis ilmu selain dapat menyantuni para ilmuan. Proses mencari ilmu tidak pernah terhenti. Adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk sentiasa memperlengkapkan diri dengan […]

Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

Sekitar Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Putrajaya hari ini. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, sebanyak 21 agensi dan syarikat korporat telah menjadi rakan strategik YWM melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti menyedia platform pewakafan, perkhidmatan teknologi maklumat, perkongsian kepakaran dan pembangunan projek-projek wakaf. Kerjasama ini juga bukan hanya memberi manfaat kepada […]

Tahniah Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21. Ketokohan YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah sudah semestinya akan melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan cemerlang.

Analisis TV Alhijrah “Agenda Memperkasa Perundangan dan Kehakiman Syariah”

Analisis TV Alhijrah bersama pengacara Saudara Dinie Asyraf. Topik yang dibicarakan malam tadi “Agenda Memperkasa Perundangan dan Kehakiman Syariah”. Institusi perundangan dan kehakiman syariah adalah antara aspek utama dalam kelangsungan kedaulatan dan kesejahteraan negara. Oleh itu aspirasi penambahbaikan kepada institusi ini adalah agenda Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Institusi perundangan Islam yang berwibawa pastinya […]

Tinjauan operasi di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Kuala Lumpur

Petang tadi saya juga turun padang meninjau operasi di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Kuala Lumpur. Bahagian ini antara tonggak di JAWI yang bertanggungjawab dalam urusan pernikahan, penceraian dan rujuk Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pada masa juga berperanan terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumah tangga sebelum tuntutan ke Mahkamah Syariah. Saya menyampaikan nasihat […]

Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Mesyuarat Pasca Kabinet dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Syura, Aras 11, JAWI Kuala Lumpur. Selain menyelaras tindakan-tindakan mingguan agensi, saya telah memberikan pengarahan kepada semua agensi Islam agar pro-aktif menangkis isu-isu kefahaman ekstrem dalam masyarakat. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat terus dikelirukan dengan pandangan yang bertentangan […]

Lawatan ke Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Pagi ini saya meninjau Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bahagian Penguatkuasaan JAWI berperanan secara langsung dalam menguatkuasa undang-undang di Wilayah-Wilayah Persekutuan seperti Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Akta 303), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 505) dan lain-lain Akta berkaitan. Saya mahu Bahagian Penguatkuasaan JAWI terus diperkasa termasuk dalam urusan pengurusan organisasi dan juga […]

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Marilah bersama-sama kita semarakkan semangat cintakan negara dan tanah air. Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah jerih perih dan pengorbanan nenek moyang kita dahulu. Marilah kita semua menjadi generasi berjiwa merdeka, mengisi kemerdekaan dengan keharmonian dan […]

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani

Tugas agensi Islam adalah untuk membimbing dan menyeru semua pihak ke arah kebaikan. Ini tugas dakwah kita semua. Itu antara kandungan ucapan saya semasa menyempurnakan Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Program ini telah […]

Menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir 1445H yang tiba di KLIA

Saya menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir yang tiba di KLIA pada jam 11.20 malam tadi. Ini menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir. Seramai 270 jemaah haji penerbangan terakhir berlepas dari Madinah menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8389). Alhamdulillah kebanyakan mereka berada dalam keadaan sihat. Tahniah saya ucapkan […]

Selamat Datang, Welcome