Pertemuan bersama penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir

Sempena lawatan kerja rasmi ke Mesir kerana mewakili Kerajaan Malaysia dalam Persidangan Fatwa Antarabangsa, saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para penuntut Malaysia di Kaherah, Mesir. Saya memberi peringatan kepada para penuntut agar sentiasa bersyukur di atas peluang untuk menyambung pengajian di bumi Mesir. Ia adalah satu rezeki dan nikmat yang mesti disyukuri. Dalam arena […]

Kunjungan Hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates. Saya telah disambut oleh H.E. Dr. Abbas Shouman, Pengerusi Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa merangkap Setiausaha Agung Majlis Ulama’ / Council of Senior Scholars. Saya telah diberikan penerangan tentang struktur […]

Persidangan Fatwa Antarabangsa (Fatwa & The Ethical Foundation In An Accelerating World)

Dalam Persidangan Fatwa Antarabangsa semalam, saya telah berkongsi tentang amalan dan proses kefatwaan di Malaysia. Dalam pada masa sama, saya turut berkongsi proses pewartaan keputusan fatwa agat mempunyai kesan perundangan. Ini adalah antara keunikan sistem pengurusan fatwa negeri-negeri di Malaysia. Fatwa berperanan penting dalam menghadapi pelbagai cabaran sama ada dalam bidang akidah, ibadah, kemasyarakatan, kepenggunaan, […]

Disambut oleh Mufti Republik Arab Mesir, TYT Dr. Shauki Ibrahim Alam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah

Alhamdulillah selamat tiba di Kaherah, Mesir. Saya telah disambut oleh Mufti Republik Arab Mesir, TYT Dr. Shauki Ibrahim Alam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Atas undangan Kerajaan Mesir, saya mewakili Kerajaan Malaysia, menghadiri Persidangan Fatwa Antarabangsa (Fatwa & The Ethical Foundation In An Accelerating World) yang dianjurkan oleh General Secretariat For Fatwa Authorities Worldwide/ الأمانة […]

Majlis Selawat Perdana- Masjid Jamek Kampong Bharu

Alhamdulillah malam ini Masjid Jamek Kampong Bharu diimarahkan dengan laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bermula Majlis Selawat Perdana usai solat maghrib secara berjemaah dan majlis diteruskan selepas solat isyak dengan penyampaian tausiyah dari Habib Nael Bin Taher. Moga majlis ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan semoga apa yang kita laksanakan ini dinilai […]

Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani

MasyaAllah penuh Dewan Kelab Sultan Sulaiman hari ini sempena Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani yang berlangsung seawal 8 pagi hinggalah malam ini. Pelbagai aktiviti menarik antaranya sukaneka, jualan Rahmah Madani, jualan usahawan asnaf dan pelbagai lagi aktiviti dengan kerjasama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Moga program ini dapat […]

Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024- Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur

Selepas selesai ziarah ke rumah asnaf dan kawasan sekitar Kampung Baru, saya terus ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekolah ini terpilih menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024 berjumlah RM1.5 juta ringgit. Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif Maiwp dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya pelajar sekolah yang kelaparan. […]

Menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru

Selesai ziarah ke rumah asnaf, saya dan rombongan ketua agensi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Baru. Fokus kami di kawasan gerai makan, di sana saya menyampaikan goodie bag kepada sesiapa sahaja yang saya temui. Sambil berjalan dan menyantuni masyarakat sambil itu saya terkenang memori sewaktu saya membesar di sini. Subhanallah terasa pantas waktu berlalu, kini […]

Selamat Datang, Welcome