Kunjungan Mr. Izzadeen Adnaan, Director General of Zakat Maldives dan rombongan

Zakat merupakan instrumen penting dalam pembangunan ekonomi Islam kerana zakat adalah ibadat yang difardukan Allah SWT. Ini antara intipati yang saya kongsikan kepada delegasi dari Maldives Zakat House. Saya berkongsi pengalaman agensi agama di JPM (Hal Ehwal Agama) dan pihak berkuasa agama negeri menguruskan zakat di Malaysia. Kolaborasi kuat bersama rakan-rakan strategik swasta. Terima kasih […]

Sidang Parlimen : Pembentangan berkaitan GISBH

Dalam Sidang Parlimen pagi tadi saya telah menerangkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi agama Islam serta cadangan tindakan pemulihan dalam konteks bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH. Pada sebelah petang pula saya bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan […]

International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024

Mewakili Kerajaan dalam International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Persidangan Antarabangsa ini telah dihadiri para pemimpin, ahli-ahli akademik serta pelbagai pihak lain. Presiden Tharman Shanmugaratnam, Presiden Singapura telah menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan ini Adalah menjadi agenda Kerajaan Madani untuk memperteguh kesatuan komuniti, saling hormat menghormati serta membangunkan negara. Keharmonian serta kesatuan masyarakat akan […]

Pertemuan bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan wakil kerajaan Singapura

Setelah menyantuni para petugas dan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mula berlepas pulang, saya terus ke KLIA, berlepas ke Singapura untuk mewakili Kerajaan menghadiri International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Setibanya di lapangan terbang Changi, saya dijemput oleh TYT Datuk Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura […]

Pertemuan Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan

Bertemu Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan. Anaknya Mariam Adraimova merupakan peserta Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Saya berkesempatan cuba memakai kopiah Kyrgystan, MasyaAllah sangat cantik dan selesa apabila dipakai. Moga jalinan ukhuwwah yang terbina melalui penganjuran MTHQA ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kyrgystan. Saya mendoakan agar Sahibus […]

Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Ampun Tuanku, Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Penutupan […]

Selamat Datang, Welcome