Ziarah Saudara Kamal (bukan nama sebenar)

Hari ini saya bersama pasukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah turun bertemu Saudara Kamal (bukan nama sebenar) yang telah mengalami kesempitan hidup.
Akibat ditipu rakan sendiri yang menerima bayaran sewa rumah (bilik) sebelum ini berjumlah RM400 sebulan, tetapi tidak menyerahkan duit sewa tersebut kepada penyewa. Akibatnya Encik Kamal sekeluarga telah diminta keluar daripada rumah sewa mereka.
Kamal (bukan nama sebenar) katanya telah ditipu oleh rakannya sendiri apabila duit sewa (bilik) berjumlah RM400.00 yang dibayar setiap bulan tidak masuk ke akaun penyewa.
Saudara Kamal tekad membina sebuah pondok kecil berhampiran PPR Seri Semarak dan menempatkan 5 beranak di situ sambil berniaga menjual burger.
MAIWP telah memberikan bantuan melalui Bantuan Kewangan Bulanan RM500.00 sebulan dan Bantuan Keperluan Asasi (Boost) RM300.00 sebulan.
Saya telah meminta MAIWP untuk mempertimbangkan lain-lain bantuan yang bersesuaian untuk membantu keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga ini.

Selamat Datang, Welcome