Ziarah rakyat Palestin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Saya telah melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ziarah ini telah diiringi oleh Lt. Jeneral Dato’ (Dr) Zulkefffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bersama Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah, Kor Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, Pegawai Memerintah, Hospital Angkatan Tentera.
Saya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel.
Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa.
Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan.

Selamat Datang, Welcome