Ziarah Madani Kampung Baru- Puan Siti Norsiah binti Mashkor

Misi Ziarah Madani Kampung Baru diteruskan ke rumah Puan Siti Norsiah binti Mashkor. Alhamdulillah Puan Siti menyambut rombongan kami dengan senyuman.
Puan Siti tinggal berdua bersama kakaknya yang berumur 71 tahun di rumah pusaka. Puan Siti tidak bekerja kerana faktor usia dan kelangsungan hidup bergantung penuh dengan bantuan Maiwp. Komuniti sekitar dan juga pihak masjid sering menghulurkan bantuan berbentuk makanan
Saya menyampaikan sumbangan pek barangan keperluan dan juga wang RM500.
Moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu Puan Siti Norsiah dan juga kakaknya.

Selamat Datang, Welcome