Ziarah Madani Kampung Baru- Encik Badrol Hisham bin Mohd Noor

Rumah terakhir yang saya kunjungi dalam Ziarah Madani Kampung Baru ini adalah rumah Encik Badrol Hisham bin Mohd Noor yang merupakan salah seorang asnaf penerima bantuan zakat Maiwp.
Encik Badrol merupakan seorang pemandu teksi sambilan dengan jumlah pendapatan kasar tidak lebih RM600 sebulan.
Isterinya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak. Seorang merupakan OKU (lembap) dan seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran diperingkat IPT.
Encik Badrol menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan dan selebihnya digunakan untuk barangan dapur serta ubat-ubatan kerana beliau sendiri mempunyai sakit saraf, darah tinggi dan kencing manis.
Saya sampaikan pek barangan keperluan dan juga wang tunai RM500. Moga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Encik Badrol Hisham.

Selamat Datang, Welcome