Ziarah Madani di Kampung Baru- Puan Norazian

Pagi tadi saya mulakan Ziarah Madani di Kampung Baru bersama ketua-ketua agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Puan Norazian Binti Bistaman yang merupakan asnaf penerima bantuan zakat Maiwp.
Puan Norazian merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, dua anak telah berkahwin dan masih menanggung dua orang anak lagi. Puan Norazian bekerja sebagai seorang tukang urut dengan pendapatan kasar RM1000 sebulan.
Rezeki dipertemukan dengan cucu Puan Norazian yang baru sahaja berumur 8 hari. Sambil menyantuni mereka saya turut sampaikan sumbangan berupa pek barangan keperluan serta wang tunai RM500.
Moga Allah sentiasa pelihara keluarga ini. Amin.

Selamat Datang, Welcome