Encik Razak berumur 65 tahun menetap di pondok yang asalnya merupakan sebuah bengkel usang. Merupakan seorang bujang dan tiada saudara-mara di KL.
Encik Razak menetap di situ semenjak 1996 dan bekerja sebagai seorang mekanik motosikal vespa namun tidak lagi dapat bekerja kerana menghidap penyakit strok pada 2022. Selain itu Encik Razak juga menghidap darah tinggi, jantung dan kurang pendengaran.
Saya menziarahi pondok usang yang sangat daif dan bagi saya ini bukanlah tempat tinggal yang sesuai untuk Encik Razak. Alhamdulillah atas inisiatif Skuad Jejak Asnaf, MAIWP & PPZ, kita akan menyediakan Bantuan Deposit Sewa Rumah, Bantuan Sewa Rumah Bulanan dan Bantuan Peralatan Kesihatan (Alat Bantuan Pendengaran) buat Encik Razak.
Saya doakan agar Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Encik Razak.