Ziarah Encik Hussain Dee bin Abdul Rahman

Menziarahi Encik Hussain Dee bin Abdul Rahman di kediaman beliau di Flat Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur.
Encik Hussain merupakan seorang ketua keluarga yang menanggung seorang isteri dan seorang anak OKU terlantar.
Beliau bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat katering manakala isteri tidak bekerja kerana menjaga anak OKU terlantar yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.
Isteri beliau diuji dengan penyakit kencing manis kronik dan memerlukan susu khas.
MAIWP telah memberikan bantuan kewangan bulanan serta beberapa bantuan lain untuk meringankan beban yang ditanggung Encik Hussain.
Semoga segala urusan Encik Hussain dipermudahkan Allah SWT.

Selamat Datang, Welcome