Ziarah Dato’ Aidit Ghazali

Beberapa hari yang lalu saya menghantar whatsapp bertanya khabar kepada salah seorang bekas pensyarah ketika saya menuntut di UIAM Gombak iaitu Dato’ Aidit Ghazali. Beliau memaklumkan bahawa beliau dalam proses pemulihan kerana patah kaki.
Alhamdulillah tengahari tadi saya berkesempatan ziarah beliau di rumah bondanya di Gombak. Pertemuan bersama beliau menggamit memori saya sebagai seorang mahasiswa UIAM dan Dato’ Aidit Ghazali memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Kulliyyah Ekonomi dan Pengurusan Sains dahulu.
Saya doakan moga Dato’ Aidit Ghazali dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yanga baik. Terima kasih saya ucapkan kepada bonda Dato’ Aidit Ghazali iaitu Hajah Aspah Binti Mohd Said dan isteri, Datin Suraya atas pertemuan ukhuwah tadi.
Moga Allah limpahkan kurnia kepada Dato’ Aidit Ghazali sekeluarga.

Selamat Datang, Welcome