Ziarah anakanda Ilman Hazim

Anakanda Ilman Hazim telah disahkan menghidap penyakit hati kronik sejak berumur 1 bulan dan perlu segera menjalani “Liver Transplant” di Renji Hospital, Shanghai, China.
Jumlah yang diperlukan untuk pembedahan tersebut RM250,000. Saya dimaklumkan bahawa ibunya Puan Nurul Aqilah yang akan menjalani pembedahan memindahkan sebahagian hatinya kepada anakanda Ilman.
Yayasan Taqwa telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga tersebut untuk membantu mereka. Selain itu, saya juga turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Encik Awang Syazuan, ayah kepada anakanda Ilman.
Marilah kita semua mendoakan moga anakanda Ilman dikurniakan keafiatan dan kembali sihat.

Selamat Datang, Welcome