Ziarah adik Muhammad Uwais Al-Qarni dan adik Nur Sofea Humaira

Petang tadi saya menziarahi dua anak yatim piatu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan adiknya Nur Sofea Humaira, 4, di Bandar Baru Bangi.
Mereka kehilangan kedua ibu bapa, adik serta datuk dan nenek sebelah ibu mereka dalam kemalangan tragis pada 23 Disember lalu.
YAPEIM (Official) menyampaikan bantuan Sinar Kasih iaitu bantuan bulanan berjumlah RM200 setiap seorang selama setahun, sumbangan bencana bernilai RM2000, dan satu set Foodbank YAPEIM bernilai RM100 bagi meringankan beban keluarga ini.
Jumlah keseluruhan yang disampaikan berjumlah RM6,900.
Dato’ Marzupi Abdul Rahman, datuk kepada anak-anak ini berharap bantuan ini dapat digunakan untuk keperluan harian cucu-cucunya yang kini dalam jagaan beliau.
Sejak 1985, YAPEIM telah mengagihkan kira-kira RM710 juta kepada hampir 10 juta penerima manfaat di seluruh negara.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan membantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.

Selamat Datang, Welcome