Ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja TV Alhijrah atas anugerah kandungan Islam terbaik World Islamic and Trade Award

Ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi TVAlhijrah bersama Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja TV Alhijrah atas kejayaan dinobat sebagai pengeluar kandungan Islam terbaik bagi Anugerah World Islamic and Trade Award anjuran Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA).
Kejayaan ini telah membuktikan TV Alhijrah sentiasa memberikan pengisian kandungan terbaik kepada para penonton.
Ini adalah wawasan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengangkat peranan TV yang memberikan kandungan Islami serta bermanfaat kepada masyarakat termasuk dalam sektor pelancongan.
Semoga anugerah ini akan mencetus semangat kepada warga TV Alhijrah untuk memberikan pengisian terbaik. Terima kasih kepada semua kerana terus menyokong stesen TV Alhijrah, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selamat Datang, Welcome