Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Negara atas pengurniaan Panglima Setia Mahkota sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengurniaan tersebut adalah pengiktirafan atas segala sumbangan jasa bakti YBhg. Tan Sri kepada agama, negara dan ummah.
Semoga YBhg. Tan Sri terus cemerlang demi maslahah rakyat dan menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani.