Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera atas pengurniaan Panglima Mangku Negara sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengurniaan tersebut adalah pengiktirafan atas segala sumbangan jasa bakti YBhg. Tan Sri kepada agama, negara dan ummah.
Semoga YBhg. Tan Sri terus cemerlang memimpin Angkatan Tentera Malaysia demi maslahah rakyat dan menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani.