Tinjauan Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa, Kuala Lumpur

Pagi tadi sebelum ke Sidang Parlimen, saya singgah meninjau Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa, Kuala Lumpur.
Sekolah ini amat dekat di hati saya secara peribadi kerana saya juga bersekolah di sini satu masa dulu. Alhamdulillah kini sudah dinaik taraf berbanding masa saya dahulu.
Pun begitu, ada beberapa permohonan dari pihak sekolah untuk menaik taraf fasiliti sekolah demi keselesaan anak-anak yang belajar pendidikan Islam di sini.
Permohonan pihak sekolah akan diteliti dan dipertimbangkan oleh pihak JAKIM dan JAWI.
Selamat maju jaya saya doakan kepada semua anak-anak yang belajar di Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa, Kuala Lumpur.

Selamat Datang, Welcome