Petang tadi saya juga turun padang meninjau operasi di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Kuala Lumpur.
Bahagian ini antara tonggak di JAWI yang bertanggungjawab dalam urusan pernikahan, penceraian dan rujuk Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pada masa juga berperanan terhadap aduan dan penyelesaian masalah rumah tangga sebelum tuntutan ke Mahkamah Syariah.
Saya menyampaikan nasihat kepada seluruh pegawai dan kakitangan agar sentiasa mengekalkan disiplin dalam melaksanakan tugasan. Semoga kerja kita akan menatijahkan kebaikan kepada semua tetamu yang berkunjung.
Saya amat memahami akan komitmen tinggi para pegawai dan kakitangan Bahagian ini yang menerima kunjungan para pelanggan setiap hari.
Semoga kerja kita yang penuh ikhlas dan sepenuh hati akan dicatat sebagai amal soleh.