Saya juga telah membuat tinjauan ke Klinik Kecemasan di Abraj Janadriyah.
Klinik ini menyediakan kemudahan rawatan kepada para jemaah Haji Malaysia.
Tabung Haji dan pihak Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji yang diuji dengan sakit.
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kesihatan terbaik kepada seluruh jemaah haji dan para petugas.