Hari ini saya meraikan secara dalam talian para peserta The Malaysia – Japan International Dakwah Seminar (MASJIDs).
Saya menyampaikan ucapan perasmian dan berkongsi tentang keindahan dakwah Islam yang bersifat rahmah serta nenyantuni masyarakat pelbagai lapisan. Tentunya usaha-usaha dakwah ini mesti dilakukan secara kolaborasi melibatkan pelbagai pihak. Senoga keindahan Islam terus terserlah dengan usaha-usaha dakwah hikmah yang diusahakan.
Surah Al-Nahl, ayat 125 telah menerangkan keperluan untuk berdakwah secara hikmah.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Tentunya semua peserta dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam menginovasikan teknik dakwah sesuai dengan kelompok sasar dakwah.
Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta. Semoga segala perbincangan dapat diterjemahkan kepada tindakan praktikal demi kepentingan dakwah.