Usai majlis pembukaan The International Conference on Girl’s Education in Muslim Communities di Jinnat Convention Centre, Islamabad saya dan beberapa menteri dari negara lain yang hadir dijemput mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Pakistan, H.E Shehbaz Sharif dikediaman rasmi beliau.
Pelbagai isu pendidikan melibatkan wanita diketengahkan bagi mencapai matlamat persidangan iaitu memperkasakan pendidikan terutamanya untuk kanak-kanak perempuan.
Moga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara dua negara Malaysia-Pakistan dalam bidang pendidikan.