Saya bertemu pengurusan kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mendengar taklimat semasa operasi MAIWP termasuk unjuran belanjawan MAIWP.
Saya memberi penegasan supaya MAIWP terus memberikan fokus membantu serta membangunkan para asnaf dengan pelbagai program bimbingan dan kemahiran.
Pada masa sama, MAIWP terus aktif turun ke lapangan membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Terima kasih YBhg Datuk Haji Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan pasukan beliau.