Taklimat Pelan Transformasi Daerah Kreatif Dan Kebudayaan Kuala Lumpur

Hari ini saya telah diberikan Taklimat Pelan Transformasi Daerah Kreatif Dan Kebudayaan Kuala Lumpur yang disampaikan oleh pihak Think City selaku Sekretariat kepada JK Pemandu Program Transformasi KLCCD.
Program Transformasi KLCCD ini mengambil rangka kerja Ekonomi Madani bagi memartabatkan semula ibu kota Kuala Lumpur agar dapat menarik bukan sahaja pelancong tetapi para peniaga dan pelabur-pelabur di dalam serta luar negara.
Pertemuan ini turut dihadiri YBhg Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI bersama Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara dan pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Selamat Datang, Welcome