Bertempat di WTC KL, semalam saya mengiringi Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayyeb untuk bertemu Pengerusi bersama Ahli Lembaga Pengarah IKIM dan kepimpinan pengurusan IKIM.
Sheikh Al-Azhar turut menyampaikan syarahan kepada pengurusan IKIM yang berperanan besar untuk memberikan kefahaman Islam dan juga menyerlahkan keindahan Islam.
Pada masa sama IKIM menghasilkan kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang melibatkan umat Islam.
Saya mahu segala syor dan cadangan yang disampaikan Sheikh Al-Azhar dapat dilaksanakan oleh pihak IKIM untuk memperkukuh kesatuan dan keharmonian dalam negara.