Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM meneruskan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) untuk membantu para pelajar yang menghafal Al-Quran.
Alhamdulillah pagi tadi saya menyampaikan amanat kepada pelajar huffaz tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jakim 2024.
Tahun ini seramai 82 pelajar yang menerima pembiayaan dari skim ini. Mereka ini akan menyambung pengajian di peringkat sarjana dan sarjana muda di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Ini merupakan amanah kepada pelajar huffaz untuk belajar bersungguh-sungguh mengangkat martabat ahli Al-Quran.