Simposium dan Pameran Haji 1446H anjuran Kerajaan Arab Saudi

Saya telah diberi amanah mewakili Malaysia dalam Simposium dan Pameran Haji 1446H anjuran Kerajaan Arab Saudi bertempat di Jeddah.
Tentunya acara tahunan ini menjadi platform kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan jemaah Haji Malaysia.
Melalui Simposium dan Pameran Haji ini, semua negara dan delegasi dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing dalam menguruskan jemaah haji.
Sesungguhnya negara Malaysia melalui Tabung Haji akan sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji Malaysia pada musim haji kali ini.
Semoga segala perancangan akan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome