Sidang Parlimen : Pembentangan berkaitan GISBH

Dalam Sidang Parlimen pagi tadi saya telah menerangkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi agama Islam serta cadangan tindakan pemulihan dalam konteks bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH.
Pada sebelah petang pula saya bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menjawab pertanyaan 11 ahli parlimen berkaitan isu GISBH.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan agensi berkaitan sentiasa fokus dengan amanah besar ini.

Selamat Datang, Welcome