Sekitar Sidang Media Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi kerana telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Malaysia kali ini. Lawatan ini adalah lawatan kali kedua Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah ke Malaysia dalam tempoh 2 tahun ini.
Tentunya Lawatan Rasmi ini akan terus mengeratkan hubungan diplomatik negara Malaysia dan Arab Saudi yang sedia erat terjalin. Pada masa ia akan memberikan manfaat kepada umat Islam khususnya dalam pengurusan haji dan umrah.
Terima kasih Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah.
Terima kasih kepada semua sahabat media yang membuat liputan majlis ringkas ini.