Sidang Media Rancangan “Angeline Tanya, Abang Jawab” TV Alhijrah

Alhamdulillah, TV Alhijrah terus mengorak langkah, menerbitkan rancangan baharu untuk berrkongsi ilmu kefahaman Islam dengan golongan mualaf.
Rancangan “Angeline Tanya, Abang Jawab” dijayakan oleh dua watak utama Saudara Sabri Yunus dan isteri beliau Angeline Tan.
Saya pernah berjumpa dengan pasangan Sabri Yunus dan Angeline Tan di TV Alhijrah pada 30 April 2024 yang lalu. Ketika itu saya menyatakan bahawa Sabri Yunus dan pasangannya Angeline Tan sangat sesuai dijadikan ikon dakwah.
Alhamdulillah hari ini TV Alhijrah mengumumkan rancangan terbaharu ini.
Moga dengan rancangan ini dapat disampaikan dakwah serta ilmu yang bermanfaat.
Rancangan ini boleh ditonton di TV Alhijrah setiap hari Rabu, jam 8.30 malam bermula 18 September ini.
Tahniah kepada TV Alhijrah sentiasa memberikan pengisian terbaik yang mendidik jiwa.

Selamat Datang, Welcome