Santuni Madani, MAIWP di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Petang tadi saya mengiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke kampung angkat MAIWP di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Sempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau dikenali sebagai Santuni Madani, MAIWP telah menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM101,000.00 yang meliputi sumbangan kepada 200 keluarga asnaf dan pelajar berjumlah RM69,000.00, sumbangan kepada surau dan masjid berjumlah RM10,000.00, sumbangan gerobok rezeki RM2,000.00, sumbangan kepada tiga (3) buah sekolah RM15,000.00 dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Bidara RM5,000.00.
Program seumpama ini, tidak lain tidak bukan bagi mendekatkan Kerajaan dengan masyarakat setempat dalam memberikan perkhidmatan dan menyantuni masyarakat.

Selamat Datang, Welcome