Saya bersama isteri hadir ke Dataran Putrajaya pagi tadi untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. Subhanallah saya dapat lihat ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun pagi tadi demi memaknai kemerdekaan.
Ada diantara mereka yang berkumpul sejak dari tengah malam tadi, MasyaAllah sungguh hebat semangat mereka. Inilah semangat yang kita perlukan demi melahirkan sebuah negara Malaysia Madani berjiwakan merdeka.