Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak bercemar duli menyempurnakan Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 “Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies”.
Menjunjung kasih Tuanku.
Persidangan yang dianjurkan di ACE Conference Centre Kuala Lumpur ini dianjurkan bertujuan untuk menyediakan platform bagi para peserta berkongsi idea dan pandangan termasuk dalam soal memelihara maruah diri, bertepatan dengan prinsip maqasid syariah.
Semoga persidangan ini dapat mencapai matlamatnya dalam membangunkan masyarakat Malaysia MADANI.