Rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’

Malam ini berkesempatan ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) untuk menyaksikan rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’.
Rakaman episod kali ini adalah bersempena Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS. Forum Perdana kali ini dibarisi panel jemputan iaitu Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Pengarah JAWI YBhg Datuk Mohd Ajib Bin Ismail dan pendakwah bebas Ustaz Harryanto Rizal Bin Rokman. Moderator pula ialah Ustaz Zakaria Othman.
Moga perkongsian malam ini memberi manfaat kepada penonton dalam usaha melahirkan pewaris pendakwah menuju Malaysia MADANI.

Selamat Datang, Welcome